Friday, October 28, 2011

thesis...ohh...thesis...

emm aku pun xtau bila ble siap..bila dgr org blajar separuh masa bila dah kahwin bunyi senang jer kan..tapi ia memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi terutama kalau yang belajar itu org perempuan sbb klu laki senang jer..nape aku cakap laki senang sbb..
.
.
.
.
.
.
.
1. diorang xpayah nak pikir pasal nak jaga anak..sbb dh tentu sang isteri ble jaga punya.
2. xpayah nk pikir pasal rumah tangga iaitu kemas rumah ker...masak ker...basuh kain ker...sbbnye bini ada yang wat semua tu klu suami xbuat..
3. time nak wat report or tugasan belajar...bila2 masa ble wat..tiada halangan kecuali hal keje dia jer yang ble halang...
.
.
.
.
emm...
.
.
.
dalam banyak2 orang yg aku tgk bila sang isteri belajar...semua keje yang aku senaraikan tadi di take over oleh sang suami..
jadi dengan lebih kurang tenang hati sang isteri ble belajar dgn jayanya..
ada 2 sanggup turut berjaga temankan isteri buat keje sekolah..fuhh memang terharu gile...
.
.
.
aku ni dah la dah drop 1year takkan nk drop lagi..
tiap kali aku tengok org pkai jubah konvo, tiap kali tu la hati aku merintih2 nak pakai gak..dan bila aku dengar je org ckp pasal konvo cam nak staple je mulut org 2 sbb aku tersangat-sangat teringin nk pkai jubah konvo..klu aku mati mesti mata xtutup rapat...


..bilakah giliran aku untuk memakai jubah ni...

Friday, October 14, 2011

taFAkuRRR....Amalan Orang Yahudi Ketika Mengandung

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)